KOLEKSI NOVEL

Sunday, May 23, 2010

Salam untuk semua. Hari ini saya menerima satu artikel melalui internet dan didalam artikel tersebut saya menemui sesuatu yang berharga untuk dikongsi bersama anda. Memang benar dalam persahabatan banyak yang kita tidak ketahui sebenarnya.....Malah erti persahabatan yang sebenar itu selalu membuat kita rasa keliru, serba salah, terluka, terlalu mengharap dan mungkin juga kebahagian dari apa yang kita lalui bersama sahabat-sahabat kita. Memang kita selalu mengharapkan kesempurnaan didalam pergaulan, tapi kita lupa kadang-kadang kita tidak dapat mencapai sesuatu yang memang tidak dapat kita gapai, dan akhirnya kita merasa kecewa... Dan untuk itu renungilah petikan ini, mungkin kita dapat pengajaran darinya untuk kita harungi bersama.

Bersahabat,

Jgnlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dgn hanya satu kelemahannya kita akan menjauhinya.
Jgnlah kerana kebaikannya, kerana mungkin dgn hanya satu keburukannya kita akan membencinya.
Jgnlah kerana ilmunya, kerana apabila dia buntu atau tidak tahu kita mungkin akan memfitnahnya.
Jgnlah diharapkan kesempurnaanya, kerana kita pun tidak tahu apakah diri kita
sudah cukup sempurna.
Terimalah dia seadanya, kerana seorang sahabat juga hanyalah manusia biasa.

Besederhanalah dalam persahabatan, InsyaAllah kita tidak akan melihat kelemahan itu sabagai satu kelemahan.

No comments:

Post a Comment