KOLEKSI NOVEL

Sunday, June 13, 2010

LAWATAN KE BALI

02/06/2010
Selepas sarapan pagi di Oasis Kuta Restoran, jam 8:30 pagi, perjalanan pun bermula untuk melihat tempat-tempat lawatan yang telah kami pilih. Di sepanjang perjalanan memang terdapat banyak patung-patung Hindu. Kebanyakannya untuk dijual ke luar seperti ke Thailand. Dan setiap rumah mesti ada patung ini. Dan kira-kira 90% penduduk di Bali menganut ugama Hindu.

Tempat pertama ialah kilang batik. Di sini kita bebas memilih samada untuk membeli atau melukis batik dibaju kita sendiri. Upahnya seikhlas hati. Kita berpeluang memilih corak-corak yang kita sendiri suka. Dan akhirnya saya guna baju sendiri untuk membuat lukisan corak bunga. Memang menarik kerana ia tidak mengambil masa yang lama untuk siap hanya kira-kira 10 minit. Disini juga banyak menjual kain-kain, baju dan cenderahati bercorak batik. Terpulang kepada pilihan kita sendiri.

Selepas itu kami tiba di "Stage Garuda Budaya" untuk melihat persembahan tarian "Sahadewa Barong & Kris Dance" yang berlangsung selama 2 jam. Ceritanya berkisar tentang pertarungan diantara semangat yang baik dan jahat. Barong (Mitos Haiwan) mewakili semangat baik dan Rangda (Mitos Raksasa) mewakili semangat jahat. Panjang jugak ceritanya dan akhirnya pengikut-pengikut Barong menolong Barong untuk mengalahkan Rangda.

Selepas itu kami bertolak ke 'Ubud Art Market'. Tempat yang menjual barang-barang kraf tangan dari berbagai bentuk. Kami meneruskan perjalanan ke Pawitra Sari Restoran untuk makan tengahari. Tempat yang menarik dengan pemandangan sawah padi dan persekitarannya yang unik. Sunyi dan selesa untuk melepaskan penat buat sementara waktu. Selepas makan tengahari kami meneruskan perjalanan ke Tanah Lot 'Sunset Tour & Shopping'. Jauh juga perjalanan yang mengambil masa hampir 2 jam. Memang letih sangat-sangat. Kami tiba di Tanah Lot pada jam 3:30 petang. Matahari masih memancar agak terik juga. Panas memang panas, tapi apabila menikmati pemandangan yang amat cantik disini rasa berbaloi juga. Kawasan yang luas dengan pemandangan ombak yang kuat menghempas pantai. Tempat ini memang betul-betul menarik dengan suasana yang nyaman, udara yang sejuk dan bersih. Hilang rasa penat dan panas yang melanda. Selepas berpuas hati dengan gambar-gambar pantainya kami menghabiskan masa dengan melihat barang-barang jualan termasuk baju-baju, topi, beg dan sebagainya. Ada juga beli buah tangan untuk dibawa pulang. Tapi pada jam 5:00petang kami kembali semula ke pantai ini untuk melihat pemandangan mataharinya yang cantik.

Selepas itu pada jam 5:30 petang, kami meneruskan perjalanan ke Restoran untuk menghadapi makan malam. Cantik juga suasana di Restoran yang bertemakan kolam renang yang ringkas dan sedap mata memandang. Kami dijamu dengan makanan ala 'chinese style'. Dan pada jam 6:30 petang, kami meneruskan perjalanan balik ke penginapan.

LAWATAN KE BALI

01/06/2010
Menaiki pesawat dari Kuching @9:20AM ke Kuala Lumpur. Tiba di Kuala Lumpur @11:00AM. Singgah makan tengahari di LCCT sementara menunggu penerbangan ke Bali @3:50PM. Lepaklah kat LCCT tu hingga jam 2:00PM barulah daftar masuk untuk penerbangan ke Bali. Penerbangan ke Bali tepat jam 3:50PM dan akan tiba pada jam 6:50PM. Kira-kira 3 jam penerbangan. Boring betullah 3 jam dalam penerbangan. Dan akhirnya tiba juga di Denpasar tepat jam 6:50PM. Dan oklah penerbangan Air Asia tidak delay.

Dan di lapangan terbang Denpasar kami telah dijemput oleh Pak Johnny dan pemandunya. Kami terus dibawa ke Jimbaran Restoran untuk menikmati makan malam. Yang bestnya Jimbaran Restoran ni memang tepi pantai dan dikawasan berpasir. Nasiblah udaranya nyaman dan sejuk. Dapatlah menikmati hidangan sambil kita dibuai bunyi desiran ombak yang kuat. Memang cantiklah pemandangan di sekitarnya... Ada pulak persembahan kumpulan pemuzik tempatan dan tarian.

Selepas itu kami terus ke Hotel The Oasis, Kuta untuk daftar masuk. Dah letih sangat seharian dalam perjalanan. Hotel ni biasa-biasa saja. Dapat tidur tu dah cukup baik. Dan keesokan harinya perjalanan kami akan bermula jam 8:30AM.