KOLEKSI NOVEL

Tuesday, May 25, 2010

BEST WAY TO LOSE WEIGHT IN A WEEK

Salam untuk semua. Hari ini saya nak kongsi pengalaman mengenai cara terbaik untuk menurunkan berat badan. Memang sukar melakukan sesuatu yang tidak pernah kita amalkan tapi yakinlah yang kita mampu melakukannya. Saya nak kongsi artikel yang saya baca dan amalkan. Susah memang susah tapi alah bisa tegal biasa......

" A WEEK IS ALL THAT IT TAKES TO SEE THAT ITS WORKING, THAT DETOXIFICATION HAS STARTED. THE AMOUNT OF POUNDS YOU LOSE WILL DEPEND UPON YOUR LUNCH AND DINNER INTAKE, BUT YOU WILL NOTICE THAT YOU ARE LOSING WEIGHT. TO LOSE WEIGHT QUICKLY, MAKE SURE YOU TAKE MORE NATURAL FOOD FOR LUNCH AND DINNER. MAKE SURE YOU DON'T EAT FRUITS BEFORE, AFTER OR WITH COOKED FOOD. FRUITS SHOULD ALWAYS BE TAKEN ON EMPTY STOMACH ONLY. THIS PLAN IS THE BEST WAY TO LOSE WEIGHT IN A WEEK, YOU WILL NEVER GET SUCH RESULT WITH ANY OTHER DIET. MAKE SURE YOU FOLLOW BOTH THE PRINCIPLES OF THIS PRACTICE

* EAT A "FRUIT ONLY" BREAKFAST
* EAT FRUITS ON EMPTY STOMACH ONLY DURING THE REST OF THE DAY

WHEN YOU FOLLOW THIS PRACTICE YOU WILL NOT ONLY LOSE WEIGHT QUICKLY BUT THE WEIGHT LOSS WILL BE PERMANENT.

* YOU CAN TAKE THIS AS A FREE DAILY DIET PLAN, YOU ARE WELCOME
* START YOUR MORNING WITH A BIG GLASS OF FRESH FRUIT JUICE (ANY FRUIT WOULD DO)
* KEEP EATING FRUITS EVERY TIME YOU FEEL HUNGRY TILL NOON
* HAVE WHAT YOU FEEL LIKE FOR LUNCH BUT WITH A PLATE OF VEGETABLE SALAD
* DON'T TAKE ANY FRUITS BEFORE, AFTER OR DURING A MEAL
* ITS BEST TO SKIP EATING FRUITS FOR THE REST OF DAY
* HAVE WHAT YOU LIKE FOR DINNER BUT WITH A HUGE PLATE OF VEGETABLE SALAD"


Jadi saya syorkan anda mencubanya insyaallah berjaya. "SELAMAT MENCUBA"

Sunday, May 23, 2010

Salam untuk semua. Hari ini saya menerima satu artikel melalui internet dan didalam artikel tersebut saya menemui sesuatu yang berharga untuk dikongsi bersama anda. Memang benar dalam persahabatan banyak yang kita tidak ketahui sebenarnya.....Malah erti persahabatan yang sebenar itu selalu membuat kita rasa keliru, serba salah, terluka, terlalu mengharap dan mungkin juga kebahagian dari apa yang kita lalui bersama sahabat-sahabat kita. Memang kita selalu mengharapkan kesempurnaan didalam pergaulan, tapi kita lupa kadang-kadang kita tidak dapat mencapai sesuatu yang memang tidak dapat kita gapai, dan akhirnya kita merasa kecewa... Dan untuk itu renungilah petikan ini, mungkin kita dapat pengajaran darinya untuk kita harungi bersama.

Bersahabat,

Jgnlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dgn hanya satu kelemahannya kita akan menjauhinya.
Jgnlah kerana kebaikannya, kerana mungkin dgn hanya satu keburukannya kita akan membencinya.
Jgnlah kerana ilmunya, kerana apabila dia buntu atau tidak tahu kita mungkin akan memfitnahnya.
Jgnlah diharapkan kesempurnaanya, kerana kita pun tidak tahu apakah diri kita
sudah cukup sempurna.
Terimalah dia seadanya, kerana seorang sahabat juga hanyalah manusia biasa.

Besederhanalah dalam persahabatan, InsyaAllah kita tidak akan melihat kelemahan itu sabagai satu kelemahan.

Saturday, May 22, 2010

Aktiviti Hari Ahad

Pukul 6.30 pagi dah pergi jogging. Rehat lamak gilak. So today start balik dah rasa malas, tapi mesti jogging juga. Sebab rasa puas dan cergas bila dah melakukan senaman yang rutin ni. Kalau tak berjogging rasa I miss something that I really love to do. Satu daripada kebaikan jogging ni untuk melepaskan tekanan kerja selama 6 hari. Kalau hari bekerja terpaksalah jogging pada waktu petang sebab pagi tak dapat nak pergi. Nasihat untuk semua teman-teman dan sesiapa saja yang membaca, cubalah senaman ini untuk merehatkan minda anda. Insyaallah anda akan berasa puas dan tenang selepas melakukannya. Bagi yang baru nak mencuba tu memanglah payah pada mulanya, tapi tanamkan keinginan dan kecekalan dalam melakukannya pasti anda akan merasa seronok dan tidak mahu meninggalkannya. Cubalah...... pasti berjaya akhirnya. Pada saya inilah satu-satunya senaman yang paling mudah dan menjimatkan masa anda. Tak rugi walau sedikit pun.

Thursday, May 20, 2010

Novel Tiada Sepertimu

Dah selesai membaca novel ni. Memang best jugak jalan cerita dan watak-watak dalam novel ni. Ada unsur lucu, marah, sedih, sakit hati dan gembira bila membaca kisah yang berlaku diantara Zara Melisa dan Kefli Benjamin ni, nasib baiklah penghujungnya mereka bersatu kembali. Kadang-kadang terlalu payah untuk menerima kenyataan kedua-duanya, sesuatu yang jelas, ringkas dan senang menjadi terlalu sukar untuk diterima dan dihadapi oleh mereka. Inilah pengajaran untuk kita pelajari, luahkanlah dan berterus-terang paling utama. Jangan anggap sesuatu perkara itu remeh sahaja hingga menimbulkan konflik yang tidak kita duga. Syabas untuk penulisnya Anita Aruszi. Teruskan berkarya........

Wednesday, May 19, 2010

Hari Pertama

Salam untuk semua pembaca, tak kira siapa, blog ni saya cipta sebab saya ingin berkongsi pengalaman dan cerita2 terbaru yang berlaku diantara kita. Saya memang peminat setia novel-novel keluaran Buku Prima, Alaf 21, NB Kara, Kaki Novel, Jemari Seni, Utusan Publication dan banyak lagi. Selagi tak dpt nak beli novel-novel tu memang rasa tak lengkap koleksi buku-buku saya. Kepada pembaca yang berada di bandar Kuching, bolehlah berkongsi untuk membaca novel-novel yang saya ada dengan novel-novel anda. Kira kita tukar-tukar bacalah ya.........Boleh hubungi saya melalui email dan facebook.

Sekian, selamat membaca.